My Life Full Of LOVE LOVE LOVE....;)))))

Assalamualaikum...
Sharing the greatest achievement, memories and everything that comes into my life.. my precious,my favs, what i do..what i didn't do.. heee.... sharing knowledge, experiences.,excitement.. interests ..etc..

Thursday 8 November 2012

Koh-lanta

Assalamualaikum...

Sayang-sayang sekalian...sihat ke?? Alhamdulillah...
haa.. tertanya-tanyalah tu Koh-lanta tu apa?? kan?? Koh-lanta ni realiti tv kat France yang sama macam siri Survivor la... kali ni yang specialnya ialah.. siri ni dibuat kat Malaysia...!
haa... duk kat France ni excited giler bila Malaysia keluar kat tv.. n every week pulak tu.. rakaman dilakukan di sebuah pulau di Johor iaitu Pulau Besar.. haa..orang-orang Johor tau tak kat mana pulau tu??heheh
Mula siaran di TF1 France pada 2 November 2012 jam 8.50 malam.. pukul 7 den dah tunggu kat depan tv.. huhuu..
Siapa yang biasa tengok Survivor sure faham konsep siri ni..kan?? Ada dua team yang diberi nama 'Sungai ' dan 'Mawar'.. ahaks... suka bila dengar French cakap bahasa melayu.. bangga la jugak kan..??
So, every Friday 8.50 malam semestinya dah ready nak tengok Koh-lanta.. Jom tengok.. tak tau lah kalo kat Malaysia boleh log on MYTF1 online ke tak?? alaa... google je la.. kot-kot terjumpa pulak.. best n bangga giler jadi Malaysian...

Ok.. lain kali cerita lagi k.... PROUD TO BE MALAYSIAN!!

Credit to Tourism Malaysia di France..

Wednesday 7 November 2012

SYUKUR

Assalamualaikum...

Alhamdulillah..
Terima kasih Allah kerana memberi kurnian yang sungguh tak ternilai.. kehidupan yang bahagia dan ceria..

Bahagia berada di samping suami dan anak-anak tercinta.
Bersyukur dengan segala rezeki yang dilimpahiNYA..
Sentiasa beringat ada orang yang lebih susah dari kita..
Semoga diberi kesabaran kiranya diuji olehNYA...

SYUKUR...;SYUKUR.....SYUKUR






Tuesday 6 November 2012

Long Time No See

Assalamualaikum...

Lama giler tak meng update blog ..muahahah... busy sangat ke??? sorry la ye.. sayang sekalian yang blogwalking or yang singgah sini tapi tak ada benda yang baru...

Anyway.., selamat membaca dan sila lah beri sedikit komen... terima kasih..

Thursday 26 July 2012

Salam Ramadhan

Assalamualaikum..
leave my dearest blog friends for so long.. very sorry. .lots of commitment lately..

anyway..it's Ramadhan...alhamdulillah. . Ramadhan in summer..it's a very long journey before iftar..hehehe.. 17 hours!!!! 1st day of Ramadhan was so difficult..too long..!but then day 2, day 3,.... i get used to it..hahah..

We are all the Malaysian muslim family will have iftar together during the weekends. having pot luck or cook for ourselves...after iftar having our tarawih together..what a beautiful experience! !!

how's your Ramadhan going..? feel free to share...love you always..


Friday 15 June 2012

ABAH


Assalamualaikumm...
Bulan ni sambut Father's day kan..? Kebetulan.., hari ini 15 Jun adalah hari ulangtahun abah yang ke 65. Happy Birthday Abah.. Semoga panjang umur, murah rezeki, dikurniakan kesihatan yang baik dan dilindungiNya selalu.Amin.

Kawan-kawan, kakak-kakak, adik-adik sekalian, terutamanya yang perempuan mesti manja sangat kat abah , ayah, papa , daddy kan??? hmm.... mestilah.. kita kan anak kesayangan dia orang... so, jangan kecewakan dia sayang.. seorang ayah akan berusaha untuk tengok anak dia senang. Dia akan sedih bila tengok anak dia susah, tak happy, banyak masalah..walaupun kita tak cerita kat dia yang kita ada problem,tapi dia tau la.. kan kan kan?? macam mana dia tau yek?? anak abah..nak buat camne.. terpeleot muka sikit je dia dah tau kenapa..hahahah..dalam telefon pun dia boleh tau.. hmmm...magic..magic...

Bila dah besar..,dah kahwin.., dah ada anak sendiri.., baru tau susah senang jadi mak dan abah .Abah pulak dah makin tua.. bila tengok muka dia sayu je hati... macam-macam perasaan ada. Tertanya-tanya adakah abah gembira dengan kehidupan anak-anaknya sekarang? Abah jangan risau...dah besar ni tau lah anak abah ni jaga diri dan uruskan rumahtangga, anak-anak sendiri ok abah..?? 

Kawan-kawan ada cerita pasal abah, ayah, papa, daddy  tak..jom kita share ok? Sempena Father's Day, atau bila-bila masa pun.., jangan lupa bawak present untuk mereka yer... selalunya  saya akan buat kek..tapi tahun ni tak dapek la.. dah jauh di rantau orang...huk huk.. 

Pic yang diambil dari kawan facebook. Maaf tak tau sumbernya dari mana.. kita share je ok? 

Au revoir...

Tuesday 12 June 2012

weekend

Assalamualaikum....
Alalalalalalaaaa...sorry my dearest friends for the late update..

Sayang semua apa khabar? Ça va bien?
Semua orang suka weekend kan???Apa taknya...boleh rehat-rehat, jalan-jalan, shopping..atau tidur je kat rumah...

Last weekend saya dengan family pergi salah satu tempat shopping yang glamer kat Paris iaitu  Val de Europe. Tempat ni sama lah macam shopping complex kat Malaysia..dan lagi satu dia ada branded oulet shops yang dipanggil La Valee Village. Sekarang ni banyak negara yang ada dibuat branded outlet shops kan kan..??termasuklah kat negaraku...


Longchamps, Salvatore Farragamo,Timberland, Lancel, Dunhill, Samsonite, Coach, Jimmy Choo, Furla, CK, Polo Ralph Lauren, Armani, Nike, Guess dan banyak lagi lah brand yang tak ingat nak ditaip nii...Fuuh.. memang seronok bershopping tingkap kat situ..huhuuuu... Bagi yang memang bajet nak shopping sakan bila datang Paris...memang berbaloi- baloi sebab harga outlet memang jauh lebih murah dari harga sebenar. Bila ada diskaun lagi turun lah harga dia..

Akak??? Akak tak ada bajet nak sopink dik...heheh..haritu pergi sebab member ajak. .di samping itu boleh la tinjau- tinjau mana yang boleh dirembat..kih kih.. Dapat lah satu dress untuk si kecik comel akak tuuu..
Adik-adik yang ada plan nak datang Paris, boleh masukkan agenda ke Val de Europe nanti ye...kat sini pun kalau pergi memang banyak kali lah terserempak dengan Malaysian. Jumpa orang kampung jangan lupa bagi salam. ..

Kita orang tak lama pun kat situ sebab nak balik tengok euro2012!!

Hari Ahad pula pagi-pagi lagi dah siap nak pergi Roland Garros- final Tennis French Open. Huh..satu jam perjalanan naik train. Kalu nak tau, kita orang bukannya duduk tengok kat dalam stadium tu..tengok kat skrin luar tu je.ye lah...tiket €20 untuk masuk kompleks stadium je.Kalau nak masuk dalam stadium utama harga tiket €450!! Boleh dapat satu purse LV tu...heeee..


Train RER from Choisy Le Roi


Masuk je kompleks stadium terus pegi tengok band trojan ni..



Jalan-jalan kawasan stadium..tak ada pulak STAR kat dalam tu..



Salah satu pintu masuk ke stadium utama..kat dalam ni lah Rafa dengan Novak nak challenge..dapat tengok tangga pun jadi lah..

Sebelum sampai ke stadium..kat luar pagar ramai ulat-ulat yang jual tiket. Tiket kat kaunter confirm habis..kita orang beli tiket online senang sikit. Jangan terpedaya dengan ulat-ulat tu sebab nak masuk kena tunjuk id atau passport, so, kalau nama pada tiket dengan id tak sama memang tak boleh masuk lah ye. Tambah pulak ada barcode untuk scan kat tiket tu masa masuk dan keluar stadium. Security memang dia orang jaga..ye lah kan tu world event. Last year, ada sorang tourist sanggup bayar €2000 untuk tiket ulat tu tapi tak dapat masuk....kesian. .huk huk.. .

Duduk-duduk makan aiskrim sambil tengok Rafael Nadal vs Novak Djokovic kat skrin..my precious tiga orang tu bermain berlari-larian dengan sukanya....Relax..


 Treat at Roland-Garros


Rafael Nadal vs Novak Djokovic on screen

Tak lama pun kat situ, hari nak hujan dan nak kejar euro2012 lagi..hahaha.. Game tenis tu pun tangguh hari Isnin sebab hujan. Rafael Nadal juara!!!yuhuuuuuu...

Balik letih sangat,  macam nak demam je..On Monday, my son demam kat sekolah and cikgu dia call minta datang bawak dia balik..kesian anak mama..tak cukup rehat agaknya..Alhamdulillah he's getting better today...jaga anak demam ni yang ter busy sangat sampai tak sempat nak update untuk sayang-sayang sekalian..

Ok...until next time. .InsyaAllah..au revoir.. LOVE LOVE LOVE







Thursday 7 June 2012

"Up Follower"

Assalamualaikum


Salam semua.. hari ini  nak join segmen ni... suka sangat.. thanks to 9n0L4 kerana sudi tag saya..
 Kepada kawan-kawan yang nak ikut sama tekan SINI 
saya tag


merci beaucoup bonde




Wednesday 6 June 2012

Imbas Kembali



Assalamualaikum...

Semalam appoinment my baby..Sri Ayeesyah dengan pakar jantung kanak-kanak. FYI,  my baby have a congenital heart desease called Patent Ductus Arteriosus (PDA). Sehari selepas lahir dapat dikesan penyakit tu...Alhamdulillah setelah menjalani pembedahan..kesihatannya bertambah baik.

Mengimbas kembali, sebagai ibu, memang merasa terkejut dan sedih apabila mula- mula doktor mengesahkan pengakit itu. Tapi dengan sokongan keluarga, saudara mara, sahabat, semuanya berjalan dengan baik.Bantuan doktor dan jururawat amat dihargai dan saya amat berterima kasih kepada mereka.

Saya banyak membaca tentang PDA daripada pelbagai sumber buku, internet, brochures supaya saya lebih bersedia dengan apa yang berlaku kemudian. Setiap kali pergi temujanji dengan doktor di  hospital saya banyak bertanya kepada doktor dan jururawat yang membantu tanpa jemu.

Kepada ibu-ibu,  bakal ibu dan juga pasangan mereka jangan menganggap kecacatan terutama yang terjadi kepada anak-anak sebagai satu beban. InsyaAllah ada hikmah disebaliknya. Berdoa agar dipermudahkan segalanya.. Teruskan usaha berikan yang terbaik kepada anak-anak..itu amanah dariNya. Jangan cepat mengalah ..percayalah..ada lagi orang lain yang lagi besar dugaan yang diterima berbanding kita.


Monday 4 June 2012

Siapa yang tahu



Sesungguhnya
Tiada siapa yang tahu
Apa yang telah ditentukan oleh Mu
Bersujud
Memanjat doa
Bersyukur dengan apa yang dikurniakan oleh Mu
Bersabar dengan ujian yang didatangkan oleh Mu
Percaya Dia senantiasa bersama
Pastikan tiada yang lepa 
Tiada berpaling
Tenang di hati
Nescaya bahagia menanti


Antara dua
Memohon petunjuk
Mencari dunia?
Atau redha dari Nya...


Kiranya itu
Aku bersyukur
Yang terbaik buat ku
Hanya Engkau yang tahu


[Petunjuk Hidupku]


Segmen Watermark by Raihan


Font : hammer keys

Kawan -kawan yang nak join jom !! <<TEKAN>>

Merci Beaucoup ma cherie...

SEGMEN : "SAYA BLOGGER BAHARU FASA 4"


Assalamualaikum...
Harini nak join segmen ni.. thank you so much untk Cik Lyeen..;))
Saya baru sangat-sangat dalam blogging... 
Siapa nak  ikut meh..meh..tekan sini yer..<< TEKAN>>

Tag

merci beaucoup ma cherie..
LOVE LOVE LOVE

Sunday 3 June 2012

Brocante


Assalamualaikum...
A very shiny day in Choisy Le Roi on Saturday morning. A beautiful weather in spring..! A brocante were held here in my place...yupie!!!

I wan't to share about what we call it in Fance "Brocante" .  A brocante in English is a flea market that sells secondhand goods. It's also like a garage sale or sometimes people call it a car boot sale.
There were many participants opened a booth for each one seeling goods like cloth, books, antiques,  glassware, toys, shoes, jeweleries, furnitures and many more. Here's some pictures of brocante that I took yesterday.






You know what??! It' s  not in Choisy Le Roi only.. A brocante take at many places all over Paris every week! Wooohoooo!! Those who like to go and search something that is rare and antique, don't miss it fella!! Take a look at these picture. These are my friend's bought at the brocante.


As mine., I was interested in toys..of course for  my dearest three precious..huhuuuu.. Here's what we got! !

10 euro only..


5 euro 


5 euro



So cheap..right..?!!..So, when you come over to Paris don't forget to visit one of the weekly activity of francais. Google up to search where a brocante will be held on that particular day.. until next time..Bonne journee..au revoir..

LOVE LOVE LOVE






Friday 1 June 2012

Zizan Juara Super Spontan... Yupiee!!!


Assalamualaikum..

Hari ini berlangsungnya pusingan akhir game show 'Super Spontan' bersiaran di Astro Warna dan Mustika HD. Zizan telah merangkul tempat yang pertama dengan undian tertinggi memenangi wang tunai RM100 00 ribu ringgit dan sebuah kereta Camry manakala Johan di tempat kedua dan Tauke di tempat ketiga.

Sejujurnya, ramai di antara penonton yang mengikuti rancangan ini setiap minggu sangat terhibur dengan aksi spontan yang dilakukan oleh para peserta. kebolehan mereka untuk menghasilkan lawak yang mencuit hati penonton amat menjadi. 

Namun begitu, peluang kesemua finalis untuk muncul juara juga  bergantung kepada peminat mereka sendiri. Sebagai contoh Zizan dan Jozan memang sudah mempunyai ramai peminat yang tegar dan setia serta sentiasa menyokong kerjaya mereka.Tidak hairan lah seawal pertandingan mereka berdua mngungguli carta undian tertinggi berbanding dengan finalis yang lain. Melihat aksi Zizan dan Johan semestinya ditunggu -tunggu oleh penonton malah pusiangan akhir tadi persembahan kedua-dua mereka amat menyerlah dalam segmen 'Lagu untukmu'. 

Tahniah diucapkan kepada Zizan dan juga finalis yang lain kerana telah menceriakan hari kami sepanjang 10 minggu rancangan ini bersiaran. Semoga rancangan ini akan diteruskan pada masa akan datang. 

GO BOBOI n KAK DIBAH!!!

Saya Mahu Follower Tegar

Assalamualaikum..

Hari ni nak join segmen ni..A zillion thank you to dear Hana yang open segmen ni..
Jom kita join sama-sama segmen ni .ok? >>TEKAN
Dear friends..feel free to read the humble blog of mine n follow me..

Love all
Merci beaucoup...

Thursday 31 May 2012

Breads and Pastries

Assalamualaikum..bonjour!!

Bila mention FRANCE apa yg first sekali terlintas dlm kotak fikiran yang cerdik lagi bijaksana korang tuh..????.haaaa... kantoi la tu.. mesti Eiffle Tower kan..kan..?? ni ha...


Jangan tak tau.. ada orang bila dengar France jer terus terfikir.. french bread, french pasta, pastries..voila..! ni nak citer pasal roti n pastries laa......hmmm..sedap kan.kan..?

"Pastry is the name given to various kinds of baked products made from ingredients such as floursugarmilkbuttershorteningbaking powder, and/or eggs. Small cakestarts and other sweet baked products are called "pastries.""

Mula-mula stay sini.. tak teringin pun nak makan roti ke.. atau yang sewaktu dengannya lah..so, my husband first thing dia beli betul-betul time sampai rumah ialah croissant..haa..ni rupa dia..penah tgk kan..alaa..kat Giant banyak.. huhu..


Tapi.. dia punya rasa punya lah sedap..itu lah bezanya dgn yang kat Giant tuh..my angels pun suka sangat. Satu lagi I dah mention dalam entri sebelum ni.. all time favourite *baguette*..ni lah yang kita selalu cakap "roti perancis" tuu..


"Though the baguette today is often considered one of the symbols of French culture viewed from abroad, the association of France with long loaves predates any mention of it. Long, if wide, loaves had been made since the time of Louis XIV, long thin ones since the mid-eighteenth century and in fact by the nineteenth century some were far longer than the baguette: "loaves of bread six feet long that look like crowbars!" (1862);[3] "

WOW....!!! Francais tradition.. rasa dia kalo panas baru masak..memang crispy sangat kat luar n lembut kat dalam. Sedap dimakan begitu sahaja or cicah dengan mushroom soup or kuah masak lomak cili api..mueheheh...serius..sedap..! Baguette juga selalu digunakan untuk buat sandwich..bestnyer.. terasa lapar pulak yer.. Tapi..kalau lama-lama dibiarkan tidak disimpan dalam bekas tertutup boleh digunakan untuk mengetuk paku di dinding.. keras macam batu.. patah gigi den.. !

Habis cerita baguette.., pasal tart pulak.. peerrgghh sedapnya tak terkata.. memang french specialty la kalau bab pastries ni...cer tengok gambar ni.. 


Tartelette fraise (tart straberry) beli kat boulangerie yang terdekat. Sekarang ni dah ramai yang buat bisnes kuih tart kecik-kecik tu kan...? lebih kurang gitu lah rasa dia kot...kat strawberry tu letak macam syrup laah..Best! Banyak lagi jenis roti dan pastri yang terdapat kat dalam satu bakery tu..masuk kedai tu terus je lapar..tapi dalam banyak-banyak pastri dan roti kat situ..tetap tak leh challenge the best Malaysian pastry n roti - KARIPAP and opkos la ROTI CANAI !! betul tak??? 

 
gambar my homemade karipap sebelum digoreng..yang dah goreng tak sempat nak snap dah kena ngap.heheh...
 My famous ABAH's roti canai

..MALAYSIA TETAP DI HATIKU..

until next time..au revoir..

LOVE LOVE LOVE








Tuesday 29 May 2012

School Routine

Assalamualaikum..bonjour..!

Sihat ke? Ni nak story la sikit pasal rutin weekdays sejak jadi surirumah sepenuh masa ni...pasal my angels pergi n balik sekolah..Sekolah budak-budak ni dekat je dari rumah,  tak sampai 3½ minit jalan kaki..huhuuu..so, pagi-pagi nak kena siapkan 2 orang g sekolah..nasib baik lah kol 8.20pg baru start.
Dah breakfast, ready angkat si kecik yg tido lagi tu..masukkan dlm stroller..zooooooommmm....! Sampai sekolah heheheh.Kadang- kadang kalo si kecik ni bangun dia nak jalan kaki sekali..lambat le sikit sampai.. Haa...ni dia..


Tik Tok Tik Tok..Cuckcoo..! da kol 4 ptg daaa.. Ayeesyah..! jom kita pegi jemput kakak dgn abang.zzaaaassss...
Before that.. dh siap satu bag makanan untuk dia orang..nak tau kenapa???? meh baca lagi...
haa...ni salah satu yang wajib... froot shoot


selalunya Ayeesyah n I akan berkejar ke boulangerie (bakery) rembat satu baguette...ni memang all time favorite dia orang n paling murah..hahahah...cuma 0.85 ¢ je...ini lah rupa baguette tu bila dh tinggal suku setelah abis dimakan oleh Qurratu n Danish...hmmm...anak mama ni lapar ye...


Ye la...sepanjang hari di sekolah tentulah lapar kan.kan..kan..?? Yeap! memang ada pihak sekolah sediakan makanan.., tapi., daging yang digunakan tak halal, so dia orang boleh makan sayur n buah je..Di France ni, setiap sekolah dibekalkan makanan yang dimasak oleh satu company sahaja untuk satu daerah. Setiap hari lah dia orang hantar makanan tu ke sekolah-sekolah. Lagi menarik, menu setiap bulan disediakan dan diedarkan kepada parents. Every week mesti ada satu hari menu tu dia orang masak ikan..haaa... time tu memang habis licin lah budak berdua tu makan..hahaaaa

Otw balik,  mesti kena singgah playground..hishh..tak penat ke? ?? Ikutkan aje lah ye... Time ni la my 3 angels ni makan, minum, main.. dapat 5- 6  round naik slide tu jadi laaa... nampak macam dah letih tu lebih baik ajak dia orang balik...kalo tak...mula la scene ganaz..mengamuk saja si abang tu...heehheee..
haaa ni lah aktiviti nyer pon....




Most of the parents lepas jemput anak kat sekolah tu pun pergi playground jugak..diaorang lepas je anak-anak dia orang main..n then duk kat bangku tepi tu borak n lepak dgn parents lain...heheh..tu la antara cara mereka bersosial dengan rakan-rakan..
Rasanya dah over pulak story niii..asalnya nk citer pasal budak- budak pegi playground je..huhuuuuu..well anyway... a zillion thank you for reading...
until next time....au revoir..
LOVE LOVE LOVE





Segmen : Bloglist Jun 2012


Assalamualaikum....Bonjour..!!
Mari sama-sama join segmen ni....TEKAN
I'm very VERY new on blogging.. once a day moderately updated..sometimes twice..
A zillion thank you for reading my blog..;))
Merci beaucoup ma cherie...

LOVE LOVE LOVE

Monday 28 May 2012

Roland Garros Kid's day

Assalamualaikum..

Harini nak cerita pasal Roland Garros Kid's Day..emm..yee  on 26th may 2012 di Roland Garros Stadium. On that day, memang dibuat khas untuk kanak-kanak.. ramai betul yang datang..yg buat rombongan pun ada dari yg jauh-jauh sikit la.. Nak masuk dalam kawasan stadium pun boleh tahan lah harga tiketnya cuma 20 euro untuk dewasa dan kanak-kanak bawah 6 tahun free.. Baguslah dia orang buat macam ni.. boleh mintak signature player.., amik gambar.. sapa yang rajin tunggu lah.. teringin jugak nak berebut amik gambar dengan player.. tapi biarlah budak-budak yang ramai tu je berebut..kih kih kih..

Masa ni tak ada game pun.. belum start pun lagi tournament nyerr..kalau tak..,nak masuk stadium ni harga tiketnya amboi mahal sungguh..huuhuu..time ni cuma dapat tengok player berlatih la.. ok la tew..Sampai je terus masuk kat dalam stadium utama dia ..nasib baik datang awal..banyaklah tempat kosong..


First game ialah antara pemain dari Rusia  V. Zvonareva vs German Sabine Lisicki. Bestnya first time tengok live world championship player beraksi.. waaa.....huhuuuu..
Second game dua-dua pemain dari France J. Benneteau vs A Clement.dan tak disangka-sangka pulak..third game tu dapat lah tengok player nombor satu dunia beraksi di depan mata.. wuhuu... Novak Jokhovic (SRB) vs  R. Harrison (USA)... haa.... HARUSLAH.. Jokhovic menang kan... huhuuu..



MasyaAllah ramai betul orang kat dalam stadium tu. dah lah panas terik... anak-anak dah tak larat nak layan game.. boleh tertidur panas terik macam tu... kesiannya anak mama..
Habis game tu.. kita orang turun n lepak kat luar stadium je.. kat luar tu ada banyak skrin besar untuk orang ramai tengok sambil-sambil minum kopi.. Then, ada beli souvenir sikit.. pastu jalan-jalan kat area stadium tu.. kalau tak silap ada 5 stadium yang kecik sikit kat luar tu..



Setelah penat dan kepanasan..heheh...decide balik lah.. On the way balik singgah makan kat Royal Chicken (HALAL) kat Ivry Sur Seine..haah.. kenyang..Alhamdulillah..

Sampai rumah.. aduh letihnya... dah makan.. dah mandi.. rehat terus... InsyaAllah next time update lagi pasal Roland Garros du Finale...Salut..!!
LOVE LOVE LOVE

Sunday 27 May 2012

Segmen Bloglist: Saya Blogger Newbie


Assalamualaikum...
Baru tadi terbaca segmen ni.. Lagi pun dah lama tak update..busy sikit lah yer... anyway.., a zillion thank you to  Monsieur Fariz Reza yang open segmen ni... I memang NEWBIE sangat-sangat lah dalam dunia blog nii.. huhu... Jom kita join nak..??! Meh..meh..Klik sini yer.
LOVE LOVE LOVE

Wednesday 23 May 2012

A little celebration





Assalamualaikum....
On 21st May 2012 we celebrated our 7th wedding anniversary...Alhamdulillah..we had a beautiful moment for the past 7 years..happy with the people we loved especially our precious children..Qurratu Ain Irdina, Danish Rusyaidi and Sri Ayeesyah..
We did have a little celebration at home in Choisy Le Roi.. I've cook some dish, bake a cake..blow some balloons..:-P..
The children was so excited while waiting for papa got home..they said.."let's suprise papa!"..It's mama n papa's birthday...!!yeay...!
I hope our marriage will last longer dunia akhirat..InsyaAllah.. Je'taime  mon cheri...

Tuesday 15 May 2012

*SI CILIK PILIHAN MAK DARA*


Assalamualaikum.....

Saya baru je nak belajar menulis di dalam blog...;))) . Harini baca pulak segmen "Si Cilik Pilihan Mak Dara'  ...so, nak join lah... tengok header Mak Dara ni..cantik kan...??




Voila!! Ini anak sulung saya ,Qurratu Ain Irdina Binti Adi Putra berumur 6 tahun. Dia seorang yang periang, mesra dan penyayang. Ain sangat meminati filem-filem Disney Princessess seperti kanak-kanak perempuan lain yang sebaya dengannya. Dia juga suka bergaya di depan kamera. macam-macam pose  dia nak buat.. tapi selalunya yg control cun laa....:)))).. thank you so much to http://www.bicaramakdara.com Ok...salam sayang untuk semua....


Monday 14 May 2012

For Mother's Day....

Pening, muntah, tiada selera makan dan sentiasa letih sepanjang tiga bulan pertama aku hamil anak ketiga. Tidak seperti yang pertama dan kedua aku tidak mengalami sebarang alahan yang teruk. Namun ku gagahi juga ke tempat kerja dan membuat rutin harian biasa.

Bulan silih berganti, kandunganku hampir pada tarikh jangkaan bersalin. Jangkaannya pada 27 April 2010, namun, sehingga tarikh itu masih tiada tanda melahirkan. Doktor memberi tempoh enam hari lagi dan memberikan surat kemasukkan wad pada 3 Mei 2010 sekiranya aku tidak bersalin lagi dalam tempoh tersebut. Tibalah 3 Mei 2010, aku pergi ke hospital bersama-sama dengan suamiku. Setelah mendaftar, jururawat memanggilku untuk melakukan pemeriksaan seperti biasa. Jururawat tersebut kemudiannya memanggil doktor yang bertugas untuk mendengar degupan jantung bayi. Doktor memberitahu bahawa dia tidak dapat mendengar dengan jelas degupan jantung bayi di dalam kandunganku itu. Aku mulai risau. Seorang lagi doktor datang dan cuba melihat keadaan bayiku dengan menggunakan 'ultrasound machine'. Tetapi, masih tidak memuaskan hati doktor tersebut. Aku dibawa ke dalam wad untuk membuat 'electrocardiogram(ECG)', doktor tidak berpuas hati dengan hasilnya lalu terus dibawa ke dalam dewan bersalin dan doktor yang bertugas di dalam dewan bersalin itu memberitahu sekiranya pemeriksaan terakhir untuk mendengar degupan jangtung bayiku dengan menggunakan 'inner probe' tidak memuaskan juga, aku terpaksa dibedah. Doktor memecahkan air ketuban dan pemeriksaan dilakukan selama beberapa minit. Keputusannya juga sama seperti sebelumnya lalu doktor terus memutuskan aku bersalin secara 'ceasarean' dengan segera kerana takut bayi lemas. Jururawat terus memanggil suamiku dan memberitahu keputusan doktor itu.

Tanpa melengahkan masa, aku terus dibawa ke dewan bedah. Tepat jam 2.13 petang doktor berjaya mengeluarkan bayiku dengan selamat dan segera dibawa ke dalam sebuah bilik untuk pemeriksaan. Beberapa minit kemudian, seorang jururawat membawa anakku yang sungguh comel kepada ku dan meletakkannya di atas dadaku. Aku amat bersyukur kerana mendapat seorang bayi perempuan dan dapat melihatnya sejurus selepas pembedahan itu. setelah siap semuanya aku ditempatkan di dalam wad bersama-sama dengan anakku.



Keesokkan harinya, seorang doktor datang dan memberitahu anakku terpaksa dibawa ke unit rawatan rapi kanak-kanak kerana kadar denyutan nadinya perlahan, tidak seperti bayi yang normal. Aku hanya dapat mengiakan sahaja. Setelah dua hari menjalani pemeriksaan, doktor pakar kanak-kanak mengesahkan anakku mengalami masalah jantung yang dipanggil 'Patent ductus arteriosus (PDA)'. Aku dan suamiku redha dengan berita itu walaupun luluh hati mendengarnya. Namun begitu, doktor menyarankan agar kami merujuk kepada Institut Jantung Negara (IJN) untuk rawatan lanjut.


Alhamdulillah, kini anak perempuanku yang diberi nama Sri Ayeesyah kini semakin sihat setelah menjalani pembedahan pada Disember 2010 di IJN. Terima kasih yang tak terhingga kepada semua doktor dan jururawat yang sentiasa menghulurkan bantuan ketika kami memerlukan. Kepada Sri Ayeesyah, mama dan papa akan sentiasa mendoakan dirimu agar dikurniakan kesihatan yang baik sepanjang hayatmu.AMIN.