My Life Full Of LOVE LOVE LOVE....;)))))

Assalamualaikum...
Sharing the greatest achievement, memories and everything that comes into my life.. my precious,my favs, what i do..what i didn't do.. heee.... sharing knowledge, experiences.,excitement.. interests ..etc..

Friday 1 June 2012

Zizan Juara Super Spontan... Yupiee!!!


Assalamualaikum..

Hari ini berlangsungnya pusingan akhir game show 'Super Spontan' bersiaran di Astro Warna dan Mustika HD. Zizan telah merangkul tempat yang pertama dengan undian tertinggi memenangi wang tunai RM100 00 ribu ringgit dan sebuah kereta Camry manakala Johan di tempat kedua dan Tauke di tempat ketiga.

Sejujurnya, ramai di antara penonton yang mengikuti rancangan ini setiap minggu sangat terhibur dengan aksi spontan yang dilakukan oleh para peserta. kebolehan mereka untuk menghasilkan lawak yang mencuit hati penonton amat menjadi. 

Namun begitu, peluang kesemua finalis untuk muncul juara juga  bergantung kepada peminat mereka sendiri. Sebagai contoh Zizan dan Jozan memang sudah mempunyai ramai peminat yang tegar dan setia serta sentiasa menyokong kerjaya mereka.Tidak hairan lah seawal pertandingan mereka berdua mngungguli carta undian tertinggi berbanding dengan finalis yang lain. Melihat aksi Zizan dan Johan semestinya ditunggu -tunggu oleh penonton malah pusiangan akhir tadi persembahan kedua-dua mereka amat menyerlah dalam segmen 'Lagu untukmu'. 

Tahniah diucapkan kepada Zizan dan juga finalis yang lain kerana telah menceriakan hari kami sepanjang 10 minggu rancangan ini bersiaran. Semoga rancangan ini akan diteruskan pada masa akan datang. 

GO BOBOI n KAK DIBAH!!!

No comments:

Post a Comment