My Life Full Of LOVE LOVE LOVE....;)))))

Assalamualaikum...
Sharing the greatest achievement, memories and everything that comes into my life.. my precious,my favs, what i do..what i didn't do.. heee.... sharing knowledge, experiences.,excitement.. interests ..etc..

Thursday 15 August 2013

Aidilfitri di Perantauan

ASSALAMUALAIKUM...

Aidilfitri menjelma lagi... sebulan berpuasa di bumi Paris.. sangat mencabar.. 18 jam menunggu untuk berbuka puasa.. tapi alhamdulillah semua berjalan lancar. Perancangan untuk berhari raya di kampung halaman hanya tinggal harapan kerana tuntutan kerjaya suami. Namun, semua itu tidak bermakna lebaran kali ini akan menjadi hambar.. Untuk itu kami sekeluarga bersama sahabat-sahabat yang ada di sini berusaha menjadikan hari mulia yang bakal menjelma menjadi kenangan yang terindah untuk kami semua.

Persiapan sebelum Syawal lebih kurang sama sahaja dengan di Malaysia. Rendang dan nasi impit menjadi menu utama hari raya kami. Malam raya kami berkumpul beramai- ramai berbuka puasa bersama di rumah sahabat kami, Kak Milah. Selesai Maghrib dan Isyak, sang arjuna beramai -ramai mengalunkan takbir raya di anjung rumah.. syahdu bila mendengarnya.. teringatkan abah , mak dan adikberadik di kampung.

Satu Syawal...

Dinihari menyiapkan juadah hari raya dan suami bersiap untuk solat sunat Aidilfitri. Mohon kemaafan di pagi hari mulia.. menitis airmata .. 
Setelah menyiapkan anak-anak berbaju kurung dan baju melayu yang dititip dari Malaysia,, -terima kasih sahabat..., kami bersama-sama menikmati juadah istimewa hari raya. Tak lupa sahabat yang datang mengunjung memeriahkan aidilfitri kami. Sesudah menjamu selera, kami mengambil gambar beramai-ramai..




Bergambar bersama

1 Syawal tahun ini juga merupakan ulangtahun yang ke 7 anak sulung kami Qurratu Ain Irdina. Semoga panjang umur danh murah rezeki mama doakan kakak.. 


Selamat ulang tahun sayang

Setelah itu kami semua mengunjungi rumah Kak Milah berhari raya.. dapatlah makan lemang segera dan satay...!!


Bakar Satay

Alhamdulillah... kami semua bahagia di hari raya walaupun jauh dari keluarga.. Terima kasih sahabat-sahabat yang semtiasa ada di sisi waktu susah dan senang..  Inilah pengalaman yang sukar dicari dan penuh erti.. Terima kasih. 


TRIBUTE AIDILFITRI DI PARIS -youtube