My Life Full Of LOVE LOVE LOVE....;)))))

Assalamualaikum...
Sharing the greatest achievement, memories and everything that comes into my life.. my precious,my favs, what i do..what i didn't do.. heee.... sharing knowledge, experiences.,excitement.. interests ..etc..

Friday 15 June 2012

ABAH


Assalamualaikumm...
Bulan ni sambut Father's day kan..? Kebetulan.., hari ini 15 Jun adalah hari ulangtahun abah yang ke 65. Happy Birthday Abah.. Semoga panjang umur, murah rezeki, dikurniakan kesihatan yang baik dan dilindungiNya selalu.Amin.

Kawan-kawan, kakak-kakak, adik-adik sekalian, terutamanya yang perempuan mesti manja sangat kat abah , ayah, papa , daddy kan??? hmm.... mestilah.. kita kan anak kesayangan dia orang... so, jangan kecewakan dia sayang.. seorang ayah akan berusaha untuk tengok anak dia senang. Dia akan sedih bila tengok anak dia susah, tak happy, banyak masalah..walaupun kita tak cerita kat dia yang kita ada problem,tapi dia tau la.. kan kan kan?? macam mana dia tau yek?? anak abah..nak buat camne.. terpeleot muka sikit je dia dah tau kenapa..hahahah..dalam telefon pun dia boleh tau.. hmmm...magic..magic...

Bila dah besar..,dah kahwin.., dah ada anak sendiri.., baru tau susah senang jadi mak dan abah .Abah pulak dah makin tua.. bila tengok muka dia sayu je hati... macam-macam perasaan ada. Tertanya-tanya adakah abah gembira dengan kehidupan anak-anaknya sekarang? Abah jangan risau...dah besar ni tau lah anak abah ni jaga diri dan uruskan rumahtangga, anak-anak sendiri ok abah..?? 

Kawan-kawan ada cerita pasal abah, ayah, papa, daddy  tak..jom kita share ok? Sempena Father's Day, atau bila-bila masa pun.., jangan lupa bawak present untuk mereka yer... selalunya  saya akan buat kek..tapi tahun ni tak dapek la.. dah jauh di rantau orang...huk huk.. 

Pic yang diambil dari kawan facebook. Maaf tak tau sumbernya dari mana.. kita share je ok? 

Au revoir...

Tuesday 12 June 2012

weekend

Assalamualaikum....
Alalalalalalaaaa...sorry my dearest friends for the late update..

Sayang semua apa khabar? Ça va bien?
Semua orang suka weekend kan???Apa taknya...boleh rehat-rehat, jalan-jalan, shopping..atau tidur je kat rumah...

Last weekend saya dengan family pergi salah satu tempat shopping yang glamer kat Paris iaitu  Val de Europe. Tempat ni sama lah macam shopping complex kat Malaysia..dan lagi satu dia ada branded oulet shops yang dipanggil La Valee Village. Sekarang ni banyak negara yang ada dibuat branded outlet shops kan kan..??termasuklah kat negaraku...


Longchamps, Salvatore Farragamo,Timberland, Lancel, Dunhill, Samsonite, Coach, Jimmy Choo, Furla, CK, Polo Ralph Lauren, Armani, Nike, Guess dan banyak lagi lah brand yang tak ingat nak ditaip nii...Fuuh.. memang seronok bershopping tingkap kat situ..huhuuuu... Bagi yang memang bajet nak shopping sakan bila datang Paris...memang berbaloi- baloi sebab harga outlet memang jauh lebih murah dari harga sebenar. Bila ada diskaun lagi turun lah harga dia..

Akak??? Akak tak ada bajet nak sopink dik...heheh..haritu pergi sebab member ajak. .di samping itu boleh la tinjau- tinjau mana yang boleh dirembat..kih kih.. Dapat lah satu dress untuk si kecik comel akak tuuu..
Adik-adik yang ada plan nak datang Paris, boleh masukkan agenda ke Val de Europe nanti ye...kat sini pun kalau pergi memang banyak kali lah terserempak dengan Malaysian. Jumpa orang kampung jangan lupa bagi salam. ..

Kita orang tak lama pun kat situ sebab nak balik tengok euro2012!!

Hari Ahad pula pagi-pagi lagi dah siap nak pergi Roland Garros- final Tennis French Open. Huh..satu jam perjalanan naik train. Kalu nak tau, kita orang bukannya duduk tengok kat dalam stadium tu..tengok kat skrin luar tu je.ye lah...tiket €20 untuk masuk kompleks stadium je.Kalau nak masuk dalam stadium utama harga tiket €450!! Boleh dapat satu purse LV tu...heeee..


Train RER from Choisy Le Roi


Masuk je kompleks stadium terus pegi tengok band trojan ni..



Jalan-jalan kawasan stadium..tak ada pulak STAR kat dalam tu..



Salah satu pintu masuk ke stadium utama..kat dalam ni lah Rafa dengan Novak nak challenge..dapat tengok tangga pun jadi lah..

Sebelum sampai ke stadium..kat luar pagar ramai ulat-ulat yang jual tiket. Tiket kat kaunter confirm habis..kita orang beli tiket online senang sikit. Jangan terpedaya dengan ulat-ulat tu sebab nak masuk kena tunjuk id atau passport, so, kalau nama pada tiket dengan id tak sama memang tak boleh masuk lah ye. Tambah pulak ada barcode untuk scan kat tiket tu masa masuk dan keluar stadium. Security memang dia orang jaga..ye lah kan tu world event. Last year, ada sorang tourist sanggup bayar €2000 untuk tiket ulat tu tapi tak dapat masuk....kesian. .huk huk.. .

Duduk-duduk makan aiskrim sambil tengok Rafael Nadal vs Novak Djokovic kat skrin..my precious tiga orang tu bermain berlari-larian dengan sukanya....Relax..


 Treat at Roland-Garros


Rafael Nadal vs Novak Djokovic on screen

Tak lama pun kat situ, hari nak hujan dan nak kejar euro2012 lagi..hahaha.. Game tenis tu pun tangguh hari Isnin sebab hujan. Rafael Nadal juara!!!yuhuuuuuu...

Balik letih sangat,  macam nak demam je..On Monday, my son demam kat sekolah and cikgu dia call minta datang bawak dia balik..kesian anak mama..tak cukup rehat agaknya..Alhamdulillah he's getting better today...jaga anak demam ni yang ter busy sangat sampai tak sempat nak update untuk sayang-sayang sekalian..

Ok...until next time. .InsyaAllah..au revoir.. LOVE LOVE LOVE







Thursday 7 June 2012

"Up Follower"

Assalamualaikum


Salam semua.. hari ini  nak join segmen ni... suka sangat.. thanks to 9n0L4 kerana sudi tag saya..
 Kepada kawan-kawan yang nak ikut sama tekan SINI 
saya tag


merci beaucoup bonde




Wednesday 6 June 2012

Imbas Kembali



Assalamualaikum...

Semalam appoinment my baby..Sri Ayeesyah dengan pakar jantung kanak-kanak. FYI,  my baby have a congenital heart desease called Patent Ductus Arteriosus (PDA). Sehari selepas lahir dapat dikesan penyakit tu...Alhamdulillah setelah menjalani pembedahan..kesihatannya bertambah baik.

Mengimbas kembali, sebagai ibu, memang merasa terkejut dan sedih apabila mula- mula doktor mengesahkan pengakit itu. Tapi dengan sokongan keluarga, saudara mara, sahabat, semuanya berjalan dengan baik.Bantuan doktor dan jururawat amat dihargai dan saya amat berterima kasih kepada mereka.

Saya banyak membaca tentang PDA daripada pelbagai sumber buku, internet, brochures supaya saya lebih bersedia dengan apa yang berlaku kemudian. Setiap kali pergi temujanji dengan doktor di  hospital saya banyak bertanya kepada doktor dan jururawat yang membantu tanpa jemu.

Kepada ibu-ibu,  bakal ibu dan juga pasangan mereka jangan menganggap kecacatan terutama yang terjadi kepada anak-anak sebagai satu beban. InsyaAllah ada hikmah disebaliknya. Berdoa agar dipermudahkan segalanya.. Teruskan usaha berikan yang terbaik kepada anak-anak..itu amanah dariNya. Jangan cepat mengalah ..percayalah..ada lagi orang lain yang lagi besar dugaan yang diterima berbanding kita.


Monday 4 June 2012

Siapa yang tahu



Sesungguhnya
Tiada siapa yang tahu
Apa yang telah ditentukan oleh Mu
Bersujud
Memanjat doa
Bersyukur dengan apa yang dikurniakan oleh Mu
Bersabar dengan ujian yang didatangkan oleh Mu
Percaya Dia senantiasa bersama
Pastikan tiada yang lepa 
Tiada berpaling
Tenang di hati
Nescaya bahagia menanti


Antara dua
Memohon petunjuk
Mencari dunia?
Atau redha dari Nya...


Kiranya itu
Aku bersyukur
Yang terbaik buat ku
Hanya Engkau yang tahu


[Petunjuk Hidupku]


Segmen Watermark by Raihan


Font : hammer keys

Kawan -kawan yang nak join jom !! <<TEKAN>>

Merci Beaucoup ma cherie...

SEGMEN : "SAYA BLOGGER BAHARU FASA 4"


Assalamualaikum...
Harini nak join segmen ni.. thank you so much untk Cik Lyeen..;))
Saya baru sangat-sangat dalam blogging... 
Siapa nak  ikut meh..meh..tekan sini yer..<< TEKAN>>

Tag

merci beaucoup ma cherie..
LOVE LOVE LOVE

Sunday 3 June 2012

Brocante


Assalamualaikum...
A very shiny day in Choisy Le Roi on Saturday morning. A beautiful weather in spring..! A brocante were held here in my place...yupie!!!

I wan't to share about what we call it in Fance "Brocante" .  A brocante in English is a flea market that sells secondhand goods. It's also like a garage sale or sometimes people call it a car boot sale.
There were many participants opened a booth for each one seeling goods like cloth, books, antiques,  glassware, toys, shoes, jeweleries, furnitures and many more. Here's some pictures of brocante that I took yesterday.






You know what??! It' s  not in Choisy Le Roi only.. A brocante take at many places all over Paris every week! Wooohoooo!! Those who like to go and search something that is rare and antique, don't miss it fella!! Take a look at these picture. These are my friend's bought at the brocante.


As mine., I was interested in toys..of course for  my dearest three precious..huhuuuu.. Here's what we got! !

10 euro only..


5 euro 


5 euro



So cheap..right..?!!..So, when you come over to Paris don't forget to visit one of the weekly activity of francais. Google up to search where a brocante will be held on that particular day.. until next time..Bonne journee..au revoir..

LOVE LOVE LOVE






Friday 1 June 2012

Zizan Juara Super Spontan... Yupiee!!!


Assalamualaikum..

Hari ini berlangsungnya pusingan akhir game show 'Super Spontan' bersiaran di Astro Warna dan Mustika HD. Zizan telah merangkul tempat yang pertama dengan undian tertinggi memenangi wang tunai RM100 00 ribu ringgit dan sebuah kereta Camry manakala Johan di tempat kedua dan Tauke di tempat ketiga.

Sejujurnya, ramai di antara penonton yang mengikuti rancangan ini setiap minggu sangat terhibur dengan aksi spontan yang dilakukan oleh para peserta. kebolehan mereka untuk menghasilkan lawak yang mencuit hati penonton amat menjadi. 

Namun begitu, peluang kesemua finalis untuk muncul juara juga  bergantung kepada peminat mereka sendiri. Sebagai contoh Zizan dan Jozan memang sudah mempunyai ramai peminat yang tegar dan setia serta sentiasa menyokong kerjaya mereka.Tidak hairan lah seawal pertandingan mereka berdua mngungguli carta undian tertinggi berbanding dengan finalis yang lain. Melihat aksi Zizan dan Johan semestinya ditunggu -tunggu oleh penonton malah pusiangan akhir tadi persembahan kedua-dua mereka amat menyerlah dalam segmen 'Lagu untukmu'. 

Tahniah diucapkan kepada Zizan dan juga finalis yang lain kerana telah menceriakan hari kami sepanjang 10 minggu rancangan ini bersiaran. Semoga rancangan ini akan diteruskan pada masa akan datang. 

GO BOBOI n KAK DIBAH!!!

Saya Mahu Follower Tegar

Assalamualaikum..

Hari ni nak join segmen ni..A zillion thank you to dear Hana yang open segmen ni..
Jom kita join sama-sama segmen ni .ok? >>TEKAN
Dear friends..feel free to read the humble blog of mine n follow me..

Love all
Merci beaucoup...