Assalamualaikum...
Semalam appoinment my baby..Sri Ayeesyah dengan pakar jantung kanak-kanak. FYI, my baby have a congenital heart desease called Patent Ductus Arteriosus (PDA). Sehari selepas lahir dapat dikesan penyakit tu...Alhamdulillah setelah menjalani pembedahan..kesihatannya bertambah baik.
Mengimbas kembali, sebagai ibu, memang merasa terkejut dan sedih apabila mula- mula doktor mengesahkan pengakit itu. Tapi dengan sokongan keluarga, saudara mara, sahabat, semuanya berjalan dengan baik.Bantuan doktor dan jururawat amat dihargai dan saya amat berterima kasih kepada mereka.
Saya banyak membaca tentang PDA daripada pelbagai sumber buku, internet, brochures supaya saya lebih bersedia dengan apa yang berlaku kemudian. Setiap kali pergi temujanji dengan doktor di hospital saya banyak bertanya kepada doktor dan jururawat yang membantu tanpa jemu.
Kepada ibu-ibu, bakal ibu dan juga pasangan mereka jangan menganggap kecacatan terutama yang terjadi kepada anak-anak sebagai satu beban. InsyaAllah ada hikmah disebaliknya. Berdoa agar dipermudahkan segalanya.. Teruskan usaha berikan yang terbaik kepada anak-anak..itu amanah dariNya. Jangan cepat mengalah ..percayalah..ada lagi orang lain yang lagi besar dugaan yang diterima berbanding kita.
No comments:
Post a Comment