My Life Full Of LOVE LOVE LOVE....;)))))

Assalamualaikum...
Sharing the greatest achievement, memories and everything that comes into my life.. my precious,my favs, what i do..what i didn't do.. heee.... sharing knowledge, experiences.,excitement.. interests ..etc..

Thursday, 8 November 2012

Koh-lanta

Assalamualaikum...

Sayang-sayang sekalian...sihat ke?? Alhamdulillah...
haa.. tertanya-tanyalah tu Koh-lanta tu apa?? kan?? Koh-lanta ni realiti tv kat France yang sama macam siri Survivor la... kali ni yang specialnya ialah.. siri ni dibuat kat Malaysia...!
haa... duk kat France ni excited giler bila Malaysia keluar kat tv.. n every week pulak tu.. rakaman dilakukan di sebuah pulau di Johor iaitu Pulau Besar.. haa..orang-orang Johor tau tak kat mana pulau tu??heheh
Mula siaran di TF1 France pada 2 November 2012 jam 8.50 malam.. pukul 7 den dah tunggu kat depan tv.. huhuu..
Siapa yang biasa tengok Survivor sure faham konsep siri ni..kan?? Ada dua team yang diberi nama 'Sungai ' dan 'Mawar'.. ahaks... suka bila dengar French cakap bahasa melayu.. bangga la jugak kan..??
So, every Friday 8.50 malam semestinya dah ready nak tengok Koh-lanta.. Jom tengok.. tak tau lah kalo kat Malaysia boleh log on MYTF1 online ke tak?? alaa... google je la.. kot-kot terjumpa pulak.. best n bangga giler jadi Malaysian...

Ok.. lain kali cerita lagi k.... PROUD TO BE MALAYSIAN!!

Credit to Tourism Malaysia di France..

Wednesday, 7 November 2012

SYUKUR

Assalamualaikum...

Alhamdulillah..
Terima kasih Allah kerana memberi kurnian yang sungguh tak ternilai.. kehidupan yang bahagia dan ceria..

Bahagia berada di samping suami dan anak-anak tercinta.
Bersyukur dengan segala rezeki yang dilimpahiNYA..
Sentiasa beringat ada orang yang lebih susah dari kita..
Semoga diberi kesabaran kiranya diuji olehNYA...

SYUKUR...;SYUKUR.....SYUKUR






Tuesday, 6 November 2012

Long Time No See

Assalamualaikum...

Lama giler tak meng update blog ..muahahah... busy sangat ke??? sorry la ye.. sayang sekalian yang blogwalking or yang singgah sini tapi tak ada benda yang baru...

Anyway.., selamat membaca dan sila lah beri sedikit komen... terima kasih..

Thursday, 26 July 2012

Salam Ramadhan

Assalamualaikum..
leave my dearest blog friends for so long.. very sorry. .lots of commitment lately..

anyway..it's Ramadhan...alhamdulillah. . Ramadhan in summer..it's a very long journey before iftar..hehehe.. 17 hours!!!! 1st day of Ramadhan was so difficult..too long..!but then day 2, day 3,.... i get used to it..hahah..

We are all the Malaysian muslim family will have iftar together during the weekends. having pot luck or cook for ourselves...after iftar having our tarawih together..what a beautiful experience! !!

how's your Ramadhan going..? feel free to share...love you always..


Friday, 15 June 2012

ABAH


Assalamualaikumm...
Bulan ni sambut Father's day kan..? Kebetulan.., hari ini 15 Jun adalah hari ulangtahun abah yang ke 65. Happy Birthday Abah.. Semoga panjang umur, murah rezeki, dikurniakan kesihatan yang baik dan dilindungiNya selalu.Amin.

Kawan-kawan, kakak-kakak, adik-adik sekalian, terutamanya yang perempuan mesti manja sangat kat abah , ayah, papa , daddy kan??? hmm.... mestilah.. kita kan anak kesayangan dia orang... so, jangan kecewakan dia sayang.. seorang ayah akan berusaha untuk tengok anak dia senang. Dia akan sedih bila tengok anak dia susah, tak happy, banyak masalah..walaupun kita tak cerita kat dia yang kita ada problem,tapi dia tau la.. kan kan kan?? macam mana dia tau yek?? anak abah..nak buat camne.. terpeleot muka sikit je dia dah tau kenapa..hahahah..dalam telefon pun dia boleh tau.. hmmm...magic..magic...

Bila dah besar..,dah kahwin.., dah ada anak sendiri.., baru tau susah senang jadi mak dan abah .Abah pulak dah makin tua.. bila tengok muka dia sayu je hati... macam-macam perasaan ada. Tertanya-tanya adakah abah gembira dengan kehidupan anak-anaknya sekarang? Abah jangan risau...dah besar ni tau lah anak abah ni jaga diri dan uruskan rumahtangga, anak-anak sendiri ok abah..?? 

Kawan-kawan ada cerita pasal abah, ayah, papa, daddy  tak..jom kita share ok? Sempena Father's Day, atau bila-bila masa pun.., jangan lupa bawak present untuk mereka yer... selalunya  saya akan buat kek..tapi tahun ni tak dapek la.. dah jauh di rantau orang...huk huk.. 

Pic yang diambil dari kawan facebook. Maaf tak tau sumbernya dari mana.. kita share je ok? 

Au revoir...

Tuesday, 12 June 2012

weekend

Assalamualaikum....
Alalalalalalaaaa...sorry my dearest friends for the late update..

Sayang semua apa khabar? Ça va bien?
Semua orang suka weekend kan???Apa taknya...boleh rehat-rehat, jalan-jalan, shopping..atau tidur je kat rumah...

Last weekend saya dengan family pergi salah satu tempat shopping yang glamer kat Paris iaitu  Val de Europe. Tempat ni sama lah macam shopping complex kat Malaysia..dan lagi satu dia ada branded oulet shops yang dipanggil La Valee Village. Sekarang ni banyak negara yang ada dibuat branded outlet shops kan kan..??termasuklah kat negaraku...


Longchamps, Salvatore Farragamo,Timberland, Lancel, Dunhill, Samsonite, Coach, Jimmy Choo, Furla, CK, Polo Ralph Lauren, Armani, Nike, Guess dan banyak lagi lah brand yang tak ingat nak ditaip nii...Fuuh.. memang seronok bershopping tingkap kat situ..huhuuuu... Bagi yang memang bajet nak shopping sakan bila datang Paris...memang berbaloi- baloi sebab harga outlet memang jauh lebih murah dari harga sebenar. Bila ada diskaun lagi turun lah harga dia..

Akak??? Akak tak ada bajet nak sopink dik...heheh..haritu pergi sebab member ajak. .di samping itu boleh la tinjau- tinjau mana yang boleh dirembat..kih kih.. Dapat lah satu dress untuk si kecik comel akak tuuu..
Adik-adik yang ada plan nak datang Paris, boleh masukkan agenda ke Val de Europe nanti ye...kat sini pun kalau pergi memang banyak kali lah terserempak dengan Malaysian. Jumpa orang kampung jangan lupa bagi salam. ..

Kita orang tak lama pun kat situ sebab nak balik tengok euro2012!!

Hari Ahad pula pagi-pagi lagi dah siap nak pergi Roland Garros- final Tennis French Open. Huh..satu jam perjalanan naik train. Kalu nak tau, kita orang bukannya duduk tengok kat dalam stadium tu..tengok kat skrin luar tu je.ye lah...tiket €20 untuk masuk kompleks stadium je.Kalau nak masuk dalam stadium utama harga tiket €450!! Boleh dapat satu purse LV tu...heeee..


Train RER from Choisy Le Roi


Masuk je kompleks stadium terus pegi tengok band trojan ni..



Jalan-jalan kawasan stadium..tak ada pulak STAR kat dalam tu..



Salah satu pintu masuk ke stadium utama..kat dalam ni lah Rafa dengan Novak nak challenge..dapat tengok tangga pun jadi lah..

Sebelum sampai ke stadium..kat luar pagar ramai ulat-ulat yang jual tiket. Tiket kat kaunter confirm habis..kita orang beli tiket online senang sikit. Jangan terpedaya dengan ulat-ulat tu sebab nak masuk kena tunjuk id atau passport, so, kalau nama pada tiket dengan id tak sama memang tak boleh masuk lah ye. Tambah pulak ada barcode untuk scan kat tiket tu masa masuk dan keluar stadium. Security memang dia orang jaga..ye lah kan tu world event. Last year, ada sorang tourist sanggup bayar €2000 untuk tiket ulat tu tapi tak dapat masuk....kesian. .huk huk.. .

Duduk-duduk makan aiskrim sambil tengok Rafael Nadal vs Novak Djokovic kat skrin..my precious tiga orang tu bermain berlari-larian dengan sukanya....Relax..


 Treat at Roland-Garros


Rafael Nadal vs Novak Djokovic on screen

Tak lama pun kat situ, hari nak hujan dan nak kejar euro2012 lagi..hahaha.. Game tenis tu pun tangguh hari Isnin sebab hujan. Rafael Nadal juara!!!yuhuuuuuu...

Balik letih sangat,  macam nak demam je..On Monday, my son demam kat sekolah and cikgu dia call minta datang bawak dia balik..kesian anak mama..tak cukup rehat agaknya..Alhamdulillah he's getting better today...jaga anak demam ni yang ter busy sangat sampai tak sempat nak update untuk sayang-sayang sekalian..

Ok...until next time. .InsyaAllah..au revoir.. LOVE LOVE LOVE







Thursday, 7 June 2012

"Up Follower"

Assalamualaikum


Salam semua.. hari ini  nak join segmen ni... suka sangat.. thanks to 9n0L4 kerana sudi tag saya..
 Kepada kawan-kawan yang nak ikut sama tekan SINI 
saya tag


merci beaucoup bonde